Saturday, December 31, 2011

tahun baru lagi.

kalau kisah dulu lebih kurang serupa, sekarang pun sama. 
macam lebih kurang jugak. 

tapi aku jujur. 
sebab aku taknak tipu diri sendiri. 
cukup la dengan perkara 2011. 
byk sgt dugaan. 
walaupun manis tu ada jugak sikit.
bagi aku,
sangat sikit.

selamat tahun baru. semoga hidup di berkati pada tahun 2012. 
azam? 
aku malas nak fikir. boleh kan?
mari berubah. 

Thursday, December 29, 2011

kembali?

mimpi di siang hari je sepul.
bermimpilah.
sampai bila2 pun macam ni jugak.
empty.

Saturday, December 24, 2011

naktah?-

sampai penghujung jalan cerita? 

Wednesday, December 14, 2011

tanda soal.

aku layak ke untuk semua tu?
layak ke?

sape aku?

Monday, December 5, 2011

mengandung ke?

dulu macam ni jugak.
muntah.
hari2 muntah.
sampai kurus.

pergi klinik.
dapat ubat.
makan ubat.

baik utk 3 minggu.

lepas tu kena balik.
-.-
aku ni mengandung ke ape?
rasa nak muntah je.
Dr.Hatta kata aku ada sakit ape ntah.
lebih kurang mcm gastrik la.
asid dlm perut tu selalu nak keluar.
harap2 xde la dapat penyakit teruk lepas ni.

p/s : ape dah jadi? bila aku google je dia tulis barah perut. nauzubillah. :\

Monday, November 28, 2011

dup dap.

taip keyboard sepantas yg mungkin
hati lagi la berdegup dgn pantas.

takut.
gelisah.
muram.
semua tu 3 dalam 1.

sumpah aku xsuka perasaan macam ni.
xsuka.

permudahkan segala. amin. :\

sekejap.

aku yang memang buta

atau 

aku yang di buta kan?

Saturday, November 26, 2011

doa awal tahun dan akhir tahun.

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

p/s : semoga Allah memberkati hidup kita pada 1433 hijrah.

salam maal hijrah.

post kali ni aku xnak post tahun baru orangputih. post tahun baru islam. 
bismillah...

tahun lepas.

terlampau banyak dugaan. ujian yg Allah bagi sangat la berbeza. xbole kita duga. orang kata sesuatu yg pahit tu lama2 boleh jadi manis semula. bermakna Allah akan bagi ganjaran kepada kita diatas kesabaran kita menghadapi ujian tu. aku rasa tahun lepas laah banyak dugaan yg Allah bagi kt aku. satu demi satu ujian datang. aku ingat kn pada mulanya manis. xsangka Dia menukar benda tu menjadi pahit. sapa suka benda pahit. aku pun x suka tapi tu lah nama dia UJIAN. dari akhir tahun lepas sampai la hari ni. semua berlaku dengan cepat. 


tahun depan.

siapa tahu? semua ni perancangan dari dia. 
aku selalu berdoa supaya aku dapat yg lebih baik. mungkin tahun depan. adakah tahun depan? ya Allah. permudahkan lah segala urusan ku! 

angka 5.

lima. 
mintak permudahkan.

amin.

Friday, November 4, 2011

lama

terkapai2 seorang diri.
senyap.
makin lama makin diam.
/: 

kan best kalau macam dulu.
serius suka macam sebelum ni. 
agak2 nanti ada x?


p/s : berharap.

Friday, October 21, 2011

angka baru.

syukur. 
dah masuk angka 4. 
harap di permudahkan segalanya. 

p/s : bersabar. 

Thursday, October 13, 2011

dalam kepala ada isi.

secara automatik nye pada jam 4.50am,
aku dah bangun tido. 
apa hal?

tido dah awal dan bangun awal
erkk...

mungkin sebab masalah kesihatan aku kot. 
makin lama, makin melarat. 
xtau bile nak sihat macam sebelum ni. 
kalau dulu :

OTAK GILA2

MAKAN BANYAK

TIDO SAMPAI XNAK BANGUN

tapi sekarang dah terbalik.

sekarang :
OTAK X GILA2

MAKAN SIKIT

TIDO X SAMPAI 3 JAM DAH BANGUN BALIK

ape yg buat diri aku berubah macam ni?
mungkin sebab nak kawin dah kot.
HAHA itu tipu.
mungkin jugak sbb terlalu banyak berfikir.
macam2 aku fikir.
sampai pelik2 aku fikir.
boleh x kalau aku xnak fikir pelik2?
nak fikir pasal benda yg baik2 dan positif.
xnak fikir pasal benda yg buruk2 dan negatif.

aku selalu berdoa 
agar Allah tunaikan segala doa2 ku, hajat2 ku, impian ku, dan cita2 ku,
aku doa kan utk diri aku ni yg terbaik. amin. :)

p/s : ni gambar wallpaper laptop aku. cantik kan. :D

klik kt gambar utk lebih jelas. 

Saturday, October 8, 2011

Ya Allah

kena tunggu 2bulan.
nk dapatkan jawapan yg kekal.

xsuka perasaan macam ni.

dup dap dup dap.

doakan semoga semua berjalan lancar.

amin.

Tuesday, October 4, 2011

sakit.

kadang-kadang muntah. 
lepas tu, pening.
makan ubat, 
muntah balik. 

apa kes?

bila nak sembuh ni?
Ya Allah. Sembuhkan lah aku seperti dulu. 

: |

Friday, September 23, 2011

3


dah masuk 3.

semoga Allah permudahkan segalanya,

:)

Monday, September 19, 2011

2

2 hari saja lagi. 

awak nak x?

:3

Tuesday, September 13, 2011

hati

maaf ku diterima tak?




p/s : sorry.

Sunday, September 4, 2011

raya sakan.

*klik pada gambar kalau nak tengopk dengan lebih jelas.

sebelum ni rasanya x pernah nak letak gambar pasal raya. bila tengok post lama2, xde gambar. kalau ada pun, gambar FE2.
oleh itu,
akan di pertontonkan gambar keluarga Encik Wan Hashim b. Mohd.
raya tahun ni beraya kt dua tempat. 
raya pertama dan kedua kt Selangor
raya ketiga, keempat, dan kelima kt Terengganu.

RAYA PERTAMA
 
beraya rumah bole kata meriah la jugak. 
lepas solat sunat aidilfitri, macam biasa bermaafan dengan mak ayah dan adik beradik.



dari kiri : arrif, sepul, khairi
bawah : yusri, nurul

lepas tu, terus gerak ke Sg.Merab Luar.
jumpa saudara mara. 
bermaafan dengan diorang pulak walaupun jarang berjumpa.

RAYA KEDUA
untuk hari kedua pulak, pergi la ke Semabok, Melaka.
berjumpa dengan keluarga Mak Su.
part yg paling best, aku jadi driver.
dari Melaka sampai la ke rumah.
itu merupakan pengalaman pertama bawak van jauh2.

RAYA KETIGA, KEEMPAT & KELIMA

3
xde ape yg seronok.
pagi bergerak ke Terengganu.
sampai sana ke petang.
malam beraya kt Manir, Terengganu

4
dari pagi smp la malam, beraya je ke rumah sedara mara.

5
pagi pergi rumah mak angkat di Kg. Pulau Manis.
dah lama x jumpa.
alhadulillah banyak yg berubah. :)
pukul 2ptg hantar Khairi (adik) ke SMAASZA. 
calon STAM. 
mendoakan kejayaan yg cemerlang untuk dia. 
pkul 2.30ptg bertolak pulang ke Temerloh pulak.
sampai di sana pukul 9malam. 
pagi pukul 9.30ptg baru bertolak ke rumah.

alhamdulillah. semua dah selesai dengan selamat. 
jumlah duit raya xbanyak. 
tapi ape2 pun bersyukur la dapat duit tu. haha.

ape2 pun,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. 


p/s : kamera hp. gambar x jelas dan buruk sbb bukan aku yg amik gambar nih. HAHA


Wednesday, August 24, 2011

lama lagi.

2
bulan.

nak lama lagi.




p/s : nak kekal pulak.

Friday, August 19, 2011

syukur

alhamdulillah. 
perjumpaan pada pagi tadi xde la teruk sangat. 
walaupun perasaan takut, cuak, gelisah dan seangkatannya menguasai diri,
dengan harapan dan doa aku gerak ke sana
syukur. 
xde apa yg perlu di risaukan.
bila dengar balik apa yg di perkatakan,
apa yg boleh aku katakan, 

50-50.

ada fakta dan ada auta.
ada benda yg benar di katakan oleh dia dan ada yg sebaliknya. 
xpe laa. biarlah apa dia nak kata pun.
mak suruh usaha lebih. 
jadi, 
yg penting untuk kali ni,
aku NEKAD GILA2 yg aku kena

BANGKIT.
(macam kuih bangkit)

kena selamatkan diri daripada jatuh.


p/s : xsangka plak ada student sanggup tipu mak bapak diorang. cara anak menipu? buat2 masih belajar walaupun dah kena buang oleh pihak universiti. habis duit mak bapak dia support belanja anak ni belajar. harap2 yg lain xkn buat mcm ni kt mak bapak kita. nauzubillah. 

sekian. 

Friday, August 12, 2011

berhati hati.

hari ni dapat berita dari uia. nk bincang pasal prestasi aku yg makin menurun. aku kadang terfikir jugak. kenape aku x boleh buat macam orang lain buat. orang lain makan nasi. aku pn makan nasi. orang lain belajar. aku pn belajar. tapi ape sebab aku boleh turun dan orang lain boleh naik?

adakah sebab perangai?
adakah sebab akal?
adakah sebab masa?

dari dulu lagi aku nekad nk belajar betul. tapi macam haram jugak. hasil yang sama jugak aku dapat tiap2 tahun. memandangkan semester depan aku xde studio,BERHARAP sangat biar la boleh skor tinggi. ape boleh buat? itu je cara yg terbaik untuk aku supaya kekal kt situ. oh. dan aku mengisytiharkan bahawa aku xkan terlibat dgn dunia persilatan lagi untuk sementara waktu. sampai bila? aku pn xtau. walaupun aku tau yg bila aku bersilat, semua benda yg kacau dalam kepala aku ni akan hilang. 

berharap lepas ni, aku berhati-hati. 

p/s : jiwa kacau. terfikir macam2. tolong support aku pls. 

Thursday, August 11, 2011

barang barang

dari dulu lagi nk barang2 ni. 
sejak bila? 
sejak belajar kt UIA. semua orang dah maju. aku pn nk jugak barang2 mcm nih. xaci la org lain dapat jugak.

apakah barang itu?

DSLR


LOMO


HANDPHONE BARU

dan

yang terakhir. 
ini.


mampu tak aku dapat keberkatan hidup daripada sang Pencipta?

sekian.

Sunday, July 31, 2011

dah aktif balik.

"awak.. oo awak..
awak terima orang x?
sebab orang nak 'masuk' nih. 
bagi la signal.
biar terang sikit jalan tu nak masuk."

atau

"awak.. oo awak..
boleh 'masuk' x?"
erkk....
macam lucah la pulak. 
-.-'

atau

"awak.. oo awak..
maafkan orang. 
orang x buat silap lepas ni.
boleh 'masuk' x?"

kan orang dah cakap. 
simple itu mudah.

sekian.

p/s : sakit lutut, sengal2 kt bahu. ada sape mahu urut aku?

Saturday, July 30, 2011

terkedu

salah sape?
salah aku jugak. 
padan muka. 
:(



sekian.

Wednesday, July 27, 2011

ehem

selang emapat hari selepas 17/6.
mungkin itu adalah hadiah birthday sebab tarikh macam dekat je.

MUNGKIN?




sekian.

Friday, June 17, 2011

luahan.

17 06 1990. tahun keramat bagi hidup aku. aku mula bernafas pada waktu tu. dapat hirup udara milik tuhan. syukur. 17 06 2011. aku dah berumur 21. dah besar panjang. sekejap je waktu berjalan. pejam celik, pejam, celik, dah umur 21 tahun. banyak yg aku belajar tentang hidup.

dari pukul 12tgh malam smp sekarang, 7.11pm, aku rasa mcm....... ntah laa. aku pn x tau nk kata ape. seronok pn x. bangga  pn x. sedih pn x. bak kata orang "birthday boy x boleh nk sedih2. kena happy!" aku plak terbalik. masalah? xde pulak. oke je. xde pape. ntah laa. perasaan diri yg x betul mungkin. ya Tuhan, kau  tenangkan la diri hambaMu ini. amin.

ape2 pn, terima kasih byk2 di ucapkan kpd Abe, ex-roomate sbb sudi bg hadiah kt aku. xsalah aku, last sekali aku dpt birthday present pun tahun 2007. aku xkesah pn korang nk bagi ke x. aku terima je. diucapkn terima kasih kpd semua sahabat2, saudara mara, yg sudi bg ucapan. aku doakan korang semua bahagia, dimurahkan rezeki dan di berkati oleh Allah. terima kasih juga kt mak aku kerana melahirkan aku. xlupa jugak kt ayah aku, jaga aku dari kecik sampai besar. SELAMAT HARI BAPA. :')

sekian daripada aku,
Wan Mohamad Saifuddin Bin Wan Hashim.

Thursday, June 16, 2011

21

menjelang 17/06/2011, umur aku dah jadi 21. kalau di ikut kan logik akal fikiran, masih muda lagi dan mentah di atas bumi Tuhan. aku syukur padaMu ya Tuhan kerana di beri nikmat yg terlalu besar pada ku. sebelum orang lain bg ucapan HB kt aku, baik aku wish utk diri sendiri. 

selamat ulang tahun yg ke 21 sepul.

:')

aku harap psni semua perkara akan berubah.

sekian.

Tuesday, May 17, 2011

simple itu mudah.

dulu terbukak, 
sekarang dah tertutup. 

ada peluang,
xnak ambik.

menyesal x sudah la kau. 

sekian.

Wednesday, April 27, 2011

panjang ke?

ini entry aku cuba buat panjang sikit sebab sebelum ni entry pendek.

27/4 - dah macam2 bende aku dapat hari nih. xpernah orang nangis call aku. xpernah makan strawberry cicah chocolate. xpernah stayup lama2. xpernah pergi pejabat MARDI sendiri. jadi, hari ini dalam sejarah. semua bende ni aku dah buat. maka dah jadi sejarah la kan. sejarah dalam kamus hidup. kire oke la tu kan.

.......................................................................................

laki bini kalau ada masalah, bawak la berbincang elok2. xpayah nk buat keadaan makin huru-hara. ni bila ada masalah kecik, mula timbul isu x puas hati laa, dendam kesumat laa, ape laa, itu dan ini laa. cukup2 la tu pak jabit. (ayat HKLBR). xpayah nk bertekak. terima je dengan sabar dan solat istikharah tu lebih sikit. INSYAALLAH  ada lah petunjuk yg Dia akan kasi.


strawberry cicah chocolate. rasa? nice! xpernah rasa strawberry mcm tu. selama ni makan gitu je. xde nk cicah sos ke, kicap ke, air teh ke. xde. kadang2 lagi enak di makan begitu sahaja. tapi kali ni lagi ENAK cicah dengan strawberry.


balik je silat nk balik rumah xde kunci. semua dah syok tido. xpe. kedai pak ayob dekat. ada wifi lagi. lepak luu. tengok game MANUTDvsSCHALKE04. mengharapkan pakcik ROONEY dapat sumbat gol sebijik dalam tauhu. fuhh. mengancam.

.......................................................................................

oke la tu.
 rasanya dah cukup panjang tu kot. 

sekian.

Wednesday, April 20, 2011

noktah

be a strong man.
oke?

Tuesday, April 19, 2011

hobi kosong.

APA AKU NAK BUAT WAKTU CUTI NIH?

ada idea bernas x?
xkan mengorat awek kot.

Wednesday, April 13, 2011

itu yang terbaik.

bila di fikirkan.
bukan senang nk buat keputusan ni.
tapi untuk masa depan,
kena la buat.


maaf kawan.
maaf.
kita jumpa lain kali.

sekian.

Tuesday, April 12, 2011

2 in 1

exam dah habis.
cuti 3 minggu.
xtau nk buat ape.
xlama. 
3minggu je. 
ada awek nak masuk barisan x?

............................................................................

sekarang
dah kena fikir betul2.
pilihan di tangan ini.
hidup atau mati.
50-50.
harap dapat buat keputusan dengan betul.
kalau x,
fuhhhh...
azab. 

cukup la tu. 
2in1

sekian.

Baru punye.

bukan selalu pun. 

1000 tahun sekali je. 

xreti nak edit byk2. 

cukup la ala kadar je. 

lain sikit.

kini berwajah baru.

sekian.

Wednesday, April 6, 2011

dulu lain

kalau dulu
hati senang, gembira.
xde nak berduka

kalau dulu
enjoy bukan main sakan lagi.
smp x igt dunia.

kalau dulu
semua lengkap,
macam-macam adaa.

kalau dulu
susah senang, 
hidup steady je. 

kalau dulu,
selalu dpt tuah,
payah nak dpt malang.

sekarang
 dah lain.
semua dah terbalik. 

berharap semua perkara xbetul,
jadi betul lain kali. 

*sila tekan gambarajah diatas untuk tumbesaran yang lagi hebat.

sekarang gred pn dah naik. 
usaha tangga kejayaan.
kena usaha lebih sikit. 

kesian.

sekian. 

Friday, April 1, 2011

exam je

sebelum tamat semester 2 sesi 2010/2011,
ada ujian yang terakhir selepas final project
iaitu...

FINAL EXAM

doa2 kan aku boleh jawab smua paper. 
3paper je.

sekian.

Thursday, March 24, 2011

bersihkan diri.

fuhhh.
banyak jugak dugaan tahun nih.
apa boleh buat. 
dah mcm bukan anak jantan aku nih.
hidup sebagai seorang hamba,
kenalah tabah dan sabar.
kita ni hanya merancang.
tuhan yg tentukan.
redha je apa yg di tentukan oleh NYA.

wahai WMSbWH
SILA BERSIHKAN DIRI ANDA. 
biarkan yg lepas.
orang nk kata apa pun, katalah.
mereka berjaya bersihkan diri, tahniah
bagi yg masih di tempat lama, biarkan.
sekian.

Saturday, January 1, 2011

tahun baru.


tahun baru la katakan. 

semua duk pergi ke pusat bandaraya untuk meraikan tahun baru. macam2 fesyen dan perangai orang muda2 kita dpt tgk. yg betina dgn pakaian seksa seksi mereka. yg jantan pula dgn aksi rempit mereka. haih. 

bunga api. jgn duk cerita laa. da macam nk berperang. duummmm sana. dduuuummmm sini. smp bergegar atap rumah orang. mjur x roboh rumah orang.

kedai makan penuh. cara baru nk raikan tahun baru kot. lepak kt kedai mamak. yg paling bes, bawak satu family. atuk nenek cucu cicit semua bawak. tawan satu kedai. 

ape yg kite tau, 31hb cuti umum. maklum laa. cuti pn sbb malaysia juara piala suzuki. klu x menang, mmg xde cuti ni. pstu sah kena kutuk, maki hamun dan sebagainye. 
walaubagaimanapun,
TAHNIAH MALAYSIA. KITA JUARA ASIA TENGGARA.

azam baru kena la ada kan sbb da masuk tahun baru. maka, azam baru tahun 2011 ini..

# nak jadi anak yg baik, 
# nak target pointer tinggi sem ni
# nak kurus kan badan. xnk buncit kn lg.
# nak dslr sebijik.
# nak semua hajat ngn cita2 tercapai. amin.
# nak awek sorang. dalam mimpi je laa.

sila doa2 kan utk aku. sekian.