Wednesday, August 29, 2012

riang ria raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ! MAAF ZAHIR DAN BATIN !

alhamdulillah
 raya tahun ni seronok jugak.
meriah.
tahun ni semua sedondon.. kehkehkeh. 
warna silver. plan asal nak warna kelabu.
tapi bila tengok balik. mcm tak kelabu je.
silver ke kelabu.
ntah laa. 
aku pun tak tau. 

tahun ini beraya macam biasa.
serupa macam tahun sebelum ni.
raya pertama kt cheras.
melawat sedara mara di bangi.
raya kedua kt temerloh pahang.
raya ketiga, keempat, kelima dan keenam di terengganu. 

untuk tontonan umum, yg ni je aku tunjuk. 
yg lain tgk kt fb ye,


masing-masing bagus je. bile suruh candid...


ini jadinya. 

selamat beraya. 

sekian.

Thursday, August 16, 2012

layakkah?

kecik.
kerdil.
tak tiba-tiba wujud rasa perasaan ini.
terpikir. termenung sekejap.

"wahh! hebatnya mereka. sangat hebat!"

tahap mereka tak sama macam aku.
bijak. pandai. petah bercakap. berfikiran cergas.
mereka paling tinggi. paling atas.
aku paling rendah. bawah sekali.
patutkah aku rasa bersyukur?
atau rasa di hina?

aku berada di kalangan orang-orang yang hebat.
semua ada pencapaian yang membanggakan.
aku apa yang ada?
bak kata najwa latif, kosong.
dalam hidup aku ni ada ke zaman kegemilangan?
wujud ke?
tak pernah.
Allah.
kerdil nya diri aku ni.
kecik.
hina.

ya Allah,
lindungilah diri ku dari segala dosa-dosa besar dan kecil.
jauhi lah diriku dari segala perkara-perkara buruk, maksiat.
ampunilah segala dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar ku ya Allah,
engkau lah maha pengampun lagi maha penyayang.

amin.

Sunday, August 12, 2012

muka dan hati.


kalau gambar aku banyak senyum,
itu luaran. bukan dalaman. 

masa ke belakang.

*cuba buat post paling panjang dalam sejarah blog ni.*

ohh hari ni hari ahad 12hb ogos 2012 bersamaan 23 ramadhan 1433 hijrah. lagi beberapa hari je lagi nak habis bulan ramadhan. sila pulun habis 10 malam terakhir ni. semoga kita bertemu dengan malam tersebut. amin.

semalam pergi ke danau kota.penuhh gila orang kt sana. sesak. tak paham macam mane boleh sesak sampai jalan pun jam teruk. tu baru jalan. belum DALAM uptown tu lagi. dengar nya ramai pun sebab baru dapat bonus gaji. untung laa. dapat bonuskan. bila kaki ni masuk dalam uptowon tu lagi la sesak. penuh dengan manusia datang ke mari nak beli barang raya katanya. paling kesian, budak kecik. menangis ada, melalak ada, tidoq ada. macam2. aku pelik. macam mane mak ayah boleh terpikir nak bawak anak2 diorang datang ke tempat sesak tu. dah la lewat malam. 

bermacam2 perangai aku jumpa semalam. liar tak liar. jinak tak jinak. macam2 rupa ada. paling tak boleh tahan ada jugak orang amik kesempatan nak mengorat. perempuan mengorat lelaki. maaf. orang tu bukan aku. tapi orang lain. aku yang mendengar pun rasa geli. meremang bulu roma bila dengar perempuan tu ayat laki tu. haih. kalau orang lain dah biasa, aku tak biasa. gatal tahap ape la perempuan tu. haih.

balik dari danau kota, sahur solat tidoq. bangun dari tidoq, dha tak tau nk buat apa. keliru. sebab dalam bilik tadak orang. sunyi je. *krik krik krik* bangun terus main game. nasib baik tadak final exam. :D dah bosan main game, online. twitter, fb semua bukak. dah bosan semua tu, mujur rafiq datang bawak cerita BATTLESHIP. walaupun kt situ tulis blueray. tapi hampeh. 800 mb saja. blueray 800mb ke? bukan besar lagi ke? sampai 5-7 gb? aku pun tak tau sebenarnya sebab tak pernah ada movie besar2 gitu. layan la cite tu sampai habis. habis cerita dah blur. tak tau nak buat apa. tiba2 terpikir, jom godek message kt fb tu. tengok cerita dulu. haha. 

sumpah aku senyum je bila baca semua message. sampai lah sekarang. aku tak tau kenapa. tapi aku senyum. mungkin sebab benda2 lama tu buat aku jadi macam sekarang ni. bahagia? tak. tapi kelakar. kan bagus kalau waktu tu boleh di undur pstu lalui balik detik2 tersebut. 

*AKU GIVE UP BUAT POST PANJANG-PANJANG!*


Friday, August 3, 2012

ganti.

kalau ini tempat hati aku bercerita,
ini yang aku impikan :

seorang pengganti.

itu saja.
sebagai penawar.
dan penenang hati.